Wednesday, January 1, 2014

Tempahan Baru 2014 Tikar Rotan Sarawak Kini Dibuka!

Anda peminat setia rotan? Anda mencintai hasil anyaman yang teliti dan berkualiti?
Jika anda bukan … anda boleh abaikan apa yang saya bakal kongsikan.

Hanya mereka yang betul-betul menghargai dan cintai hasil tangan sahaja boleh melihat kualiti yang ada pada Tikar Rotan Sarawak. Setiap tahun, pelanggan kami adalah rata-rata dari mereka yang sudah miliki Tikar Rotan Sarawak dan membuat keputusan bijak untuk menambah lagi koleksi mereka. Kenapa?

 Kalau nak tahu kenapa, sila teruskan membaca...


..::KEISTIMEWAAN

Rata-rata surirumah memberitahu Tikar Rotan Sarawak senang dijaga. Jika kotor, hanya perlu di lap dengan kain basah dan jemur sehingga kering. Juga sangat praktikal buat mereka yang miliki anak-anak kecil yang alah pada habuk dan debu karpet tetapi masih ingin  dan idamkan ruang rumah yang menawan serta mempesonakan. Ia juga tahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Rekod paling lama adalah selama 8 tahun, info dari hasil perkongsian pelanggan kami sendiri. 

Tikar Rotan Sarawak turut popular dan diminati sebab unik & cantik menjadikannya sesuai sebagai hamparan dalam rumah malah tahan untuk diletakkan di luar rumah. Selain itu, turut sesuai sebagai cenderahati untuk ibu, mak mertua atau sebagai kenangan sendiri. Menarik bukan? Makin bertambah nilai kasih sayang dalam keluarga. Tak gitu?


..::KEASLIAN

Tikar Rotan Sarawak yang asli dibuat oleh masyarakat Bidayuh Sarawak. Ia dibuat daripada rotan dan dianyam dengan kulit kayu. Tikar Rotan Sarawak mempunyai ciri-ciri kemasan yang ASLI. Mempunyai 3 ikatan tali untuk mengikat rotan-rotan dan kulit kayu.


..:: PALING LARIS 2013

Antara corak dan motif yang paling mendapat tempat dihati pelanggan kami adalah Corak Jalur dan Corak Perisai. Boleh dikatakan motif ini adalah motif "hijau selamanya" dek tidak pernah ditelan zaman. 

Harga? Anda sudah bersedia untuk mengetahuinya? Anda pasti teruja. Harga mampu milik. Jangan tanggung kerugian, jika anda terlepas. Boleh lihat senarai harga dan saiz di "HARGA TIKAR ROTAN SARAWAK". 

Ini adalah sesuatu yang anda ingin tahu !!! Ini adalah rahsia !!! 

Diskaun ISTIMEWA untuk pelanggan setia kami !!!

CORAK JALUR
Saiz 7'x10'
(Koleksi Peribadi dari Pelanggan Tikar Rotan Sarawak Murah sendiri) 

CORAK JALUR PERISAI
Saiz 7'x10'

(Koleksi Peribadi dari Pelanggan Tikar Rotan Sarawak Murah sendiri) 


..::TEMPAHAN BARU 2014

Mulai 2014, tempahan Tikar Rotan Sarawak juga boleh dibuat terus melalui blog ini di "Pertanyaan & Bantuan Tempahan". Tempahan pertama untuk tahun baru ini telah dibuka sejak 28 Disember 2013 yang lalu dan bakal ditutup pada 2 Januari 2014. 

Jangan TERKEJUT! Jangan RISAU!

Kami menerima tempahan setiap minggu tetapi akan membuat penghantaran HANYA SEKALI seminggu sahaja iaitu pada hari Isnin/Selasa.

Boleh rujuk pada Jadual Tempahan Tunai terlebih dahulu bagi memudahkan anda merancang tempahan dan masa anda. Bermula pada tahun baru ini juga, kami menerima pembayaran secara ansuran. Sila rujuk Jadual Tempahan Ansuran untuk panduan.



PENTING!

PASTIKAN ANDA BACA DAN FAHAM TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN SEBELUM MEMBUAT SEBARANG TEMPAHAN BAGI MENGELAKKAN KESULITAN SEPANJANG URUSNIAGA.

HARAP MAKLUM.





3 comments: